Welcome

SELAMAT DATANG KE BLOG CELOTEH CIKGU WAWA... SEMOGA MEMBAWA MANFAAT KEPADA PARA PENGUNJUNG

Tuesday, 14 April 2015

Sunday, 5 May 2013

CONTOH KARANGAN BERBENTUK UCAPAN


Ucapan Sambutan Hari Guru

           Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Kokurikulum, guru-guru, serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan berucap pada majlis yang gilang-gemilang ini.
Guru-guru serta rakan yang dihormati,
            Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan kita berhimpun di dalam dewan ini adalah untuk meraikan sambutan hari guru sekolah ini. Guru-guru merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Guru-guru ibarat lilin yang menerangi hidup kita. Para guru sentiasa berkorban untuk memastikan kejayaan kita dalam pelajaran, seterusnya dalam kehidupan. Oleh itu, adalah wajar jasa guru-guru sentiasa dihargai.
            Guru-guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah. Selain mengajar kita, guru berperanan mendidik dan memantau tingkah laku murid untuk memastikan murid memiliki sahsiah yang betul dan menjadi manusia yang berguna. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa taat kepada guru selain menunjukkan sikap hormat kepada mereka sepanjang masa.
            Dalam kesempatan ini, saya selaku ketua murid yang mewakili semua murid sekolah ini, ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru kerana telah mengajar dan mendidik kami dengan sempurna. Segala jasa guru tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
            Akhir kata, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru di sekolah ini. Selamat menyambut Hari Guru. Sekian, terima kasih.



Ucapan Perpisahan


           Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Abdul Rahman bin Kassim, Yang diraikan dan dikasihi, Cikgu Yusuf, guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan sekalian.
            Saya mewakili rakan-rakan sedarjah ingin menyatakan perasaan amat sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi. Beliau yang saya maksudkan ialah Cikgu Yusuf.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
            Cikgu Yusuf akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharunya iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Sitiawan, Perak mulai minggu hadapan. Kami suka akan sikap Cikgu Yusuf kerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau pandai ambil hati murid-murid di dalam kelasnya. Beliau seorang yang berdedikasi.
Pengorbanan cikgu sungguh besar ertinya kepada kami. Cikgu mengajar kami sehingga menjadi murid yang cemerlang. Kami boleh membaca dan menulis dalam pelbagai mata pelajaran dengan baik dan lancar.
            Kami berdoa semoga cikgu dapat menjalankan tugas di sekolah baharu dengan lebih cemerlang lagi. Jangan lupakan kami, anak-anak didik cikgu.
            Sekian, terima kasih.


         


Friday, 26 April 2013

CONTOH SOALAN PERIBAHASA


1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______ 
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

 2.Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap _______
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

 3.  Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _________ .
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

 4.  Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai sebelum pergi ke sekolah.
 A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

 5.Kesemua _________Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga. '
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

 6.  Azizi dan anak-anaknya_____________kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang. 
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

 7.  Puan Basrah masih________meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

 8.  Semua barang itu dijual dengan ________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

 9 Yoke Lan_________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
 A pekak badak
 B lepas tangan
 C makan hati
D tidur mati

 10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana_______ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

Saturday, 20 April 2013

RANCANGAN MENGAJAR

RPH Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR

Seni Bahasa Lakonan

CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI


Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.
        Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.
        Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
         Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat  kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
          Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal. 







Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa sungguh bangga.
 Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.
 Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua. Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis di situ. Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
 Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas. Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.
 Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan dileburkan oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.



Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.  
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
 Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.
 Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
 Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang wanita. “Tolong! Tolong!” rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.
 Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.
 Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu jadi pedoman. 







Aku Sebiji Bola

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian di Pulau Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.
Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku. Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama ´Puma. Badanku berwarna hitam dan merah. Setelah aku dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama rakanku yang lain. Di kedai, aku dipamerkan. Aku dijual denganharga RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat kepada akuk.Dia telah meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Amjad. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Permata.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana,Amjad dan rakan-rakannya menendang aku ke sana dan  ke mari. Badakku terasa sakit apabila ditendang, ditanduk, dan dilambung. Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan akumenyimpan aku di dalam stor. Setelah berbulan-bulang aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu bapa tuan aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan sampah kerana akutidak digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budayang ingin bermain bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badan terasa bertambah sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun dibuang. Berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.



Aku Sepasang Kasut


Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.
Apabila sampai di  Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai menjual kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan
tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan baruku ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.
          Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku di luar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari, tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku dibiarkan di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi.
 Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut. Pada waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.